KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan
mengurniakan kembali Darjah Kebesaran Negeri Terengganu kepada Menteri
Besar Ahmad Razif Abd Rahman.
Kurniaan tersebut membawa gelaran Datuk Seri.
Perkara itu dimaklumkan dalam kenyataan yang dikeluarkan Datuk
Pengelola Bijaya Diraja, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu
kepada Bernama pada Khamis.
Kenyataan itu berbunyi: "Setelah berunding dengan Dewan Pangkuan Diraja
Negeri Terengganu adalah dimaklumkan Ke bawah Duli Maha Mulia Sultan
telah mengampuni perkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Negeri
Terengganu Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu
(S.S.M.Z) kepada Yang Amat Berhormat Haji Ahmad Razif Abd Rahman berkuat
kuasa mulai hari ini".
Darjah kebesaran kepada Ahmad Razif ditarik balik pada 22 April lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan