JOHOR BAHRU: Adegan 'bercumbuan' membabitkan dua pelajar yang menjadi
viral di laman media sosial baru-baru ini, disahkan pelajar dari sebuah
sekolah swasta di sini.
Pengetua Sekolah Tinggi Foon Yew, Tee Bee Tin turut mengesahkan pelajar
lelaki dan perempuan dalam video itu adalah dari sekolah berkenaan
berdasarkan nombor pengenalan diri pada pakaian seragam sekolah pasangan
tersebut.
Beliau berkata kedua-dua pelajar berusia 13 tahun itu dan ahli keluarga mereka turut dipanggil dalam satu mesyuarat pada Isnin.
"Ibu bapa pelajar lelaki itu mendakwa anaknya telah dianiaya oleh rakannya.
"Mereka mendakwa beberapa adegan lucah lain dalam video itu turut
dimuatnaik oleh rakannya," kata Tee kepada pemberita di sekolah swasta
di Kampung Stulang Laut dekat sini, semalam.
Turut hadir ibu bapa pelajar perempuan terbabit.
Video berdurasi 52 saat yang menjadi viral di Facebook pada Jumaat
menunjukkan sepasang pelajar lelaki dan perempuan memakai pakaian
seragam sekolah sedang bercumbuan.
Terdapat juga beberapa adegan lucah lain di dalam video tersebut.
Pengetua itu turut memberitahu, ia ekoran pelajar lelaki dan rakannya
yang berusia 20 tahun yang bekerja sebagai chef di Singapura terlibat
dalam perselisihan faham pada Oktober lalu.
Tambahnya, ibu bapa pelajar lelaki terbabit memberitahu bahawa rakan
anaknya itu turut mengancam untuk memalukan mereka dalam masa terdekat
selain mendakwa lelaki itu menggodam laman Facebook milik anaknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.