PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah Datuk Mohd Arif Ab Rahman dan dua anak lelakinya ditahan reman
tujuh hari bagi membantu siasatan menyalahgunakan kuasa jawatan dan
kedudukannya untuk menerima rasuah.
Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi.
KSU berusia 59 tahun itu ditahan di kediamannya di Subang Jaya semalam
manakala dua lagi anaknya masing-masing berusia 29 dan 34 tahun yang
juga pengurus syarikat ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) semalam selepas selesai memberi keterangan.
Susulan penahanan itu, SPRM merampas dan menyita wang tunai dan jongkong emas yang dianggarkan bernilai kira-kira RM3 juta.
Ketiga-tiga mereka disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
KSU berkenaan dipercayai terbabit secara langsung dengan aktiviti
rasuah terutama dalam pelantikan kontraktor, pembekal dan vendor
berkepentingan.
Dua anaknya pula yang berusia dipercayai bersubahat berperanan menerima
serta menyimpan wang hasil rasuah daripada kontraktor, pembekal dan
vendor yang mempunyai kepentingan dengan KSU terbabit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.