KUALA LUMPUR: Ketua Baju Merah, Datuk Jamal Md Yunos sebentar tadi
mengumumkan dengan nada sinis mahu meletakkan jawatan dan menceburi
bidang perjudian kerana ia lebih 'kebal'.
"Dengan ini saya mengumumkan kemungkinan peletakkan jawatan saya
sebagai Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Sungai Besar, Pengerusi NGO
Negeri Selangor dan Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, kerana jawatan yang
dipegang untuk masyarakat ini tidak dapat dipergunakan sepenuhnya.
"Sebaliknya selepas ini saya akan mengusahakn perniagaan judi haram
seperti tauke-tauke judi yang lain kerana..mengusahakan perniagaan judi
haram mempunyai kekebalan, mempunyai keistimewaan berbanding jawatan
kemasyarakatan," ujar Jamal.
Jamal sebelum ini direman lima hari selepas ditahan polis atas tuduhan menceroboh dan curi di pusat hiburan di Taman Kosas.
Jamal dilaporkan berbuat demikian selepas pihak berkuasa tempatan
(PBT) Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) bertindak merobohkan hotel dan
resort miliknya, atas alasan tidak mengikut perintah Undang-Undang Kecil
hotel.
Ujar Jamal, MDSB menutup mata kepada premis judi, rumah uret dan pusat
hiburan yang beroperasi secara berleluasa, namun merobohkan Sekin Hotel
& Resort miliknya.
Jamal dilaporkan percaya premisnya dirobohkan selepas mendapat arahan
daripada Datuk Seri Azmin Ali, apabila beliau bertindak memalukan
Menteri Besar Selangor itu bersabit isu gangguan bekalan air di negeri
berkenaan.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu mencuri tumpuan apabila tampil di
hadapan bangunan SUK Selangor dengan hanya berjubah mandi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.