Zaid yakin penglibatannya dalam DAP kali ini akan kekal berbanding parti lain dalam masa sama menafikan membantu parti itu meraih pengundi Melayu.
PETALING JAYA: Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Dr Mahathir Mohamad mengingatkan ahli barunya Zaid Ibrahim agar tidak menjadi ‘primadona’ dan ‘katak’ dalam DAP.
Lim mengingatkan Zaid yang menyertai DAP hari ini, penyertaannya ke dalam parti itu mencetuskan banyak persoalan memandangkan beliau tidak pernah kekal lama dalam satu-satu parti kerana sebelum ini pernah bersama Umno sebelum PKR serta kemudiannya menubuhkan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).
“Ramai tanya sama ada Zaid akan sertai DAP dan berapa lama tahan dalam DAP.
“Saya kenal Zaid sudah lama kita tahu dia fikiran politik tetapi dia akan mencari tugas untuk memainkan peranan anggota parti bukan primadona,” kat Lim kepada pemberita ketika sidang media di kediaman Zaid hari ini.
Dr Mahathir turut menasihati Zaid agar kekal lebih lama dalam DAP dan mengetepikan sikap katak untuk membolehkan usaha menewaskan Umno dapat dilaksanakan.
“Saya fikir dia (Zaid) duduk DAP lama-lamalah sikit sebab negara kita banyak katak, dia (katak) ini lompat sana lompat sini, sikap katak patut kita ketepikan dalam parti lawan insya Allah kita dapat selamatkan negara kita,” kata Dr Mahathir.
Zaid yang juga merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam sidang media sama yakin beliau akan kekal dengan DAP kali ini berbanding penglibatannya sebelum ini dengan parti lain.
“Saya ahli politik yang serius kalau ditanya sebab saya akan kekal dengan DAP kali ini sebab ada banyak isu yang sama kali ini,” tambah beliau.
Zaid dalam masa sama menafikan penyertaannya dalam parti itu adalah untuk membantu DAP meraih sokongan pengundi Melayu.
“Saya rasa orang Melayu sudah menyertai DAP kalau saya masuk pun sudah ada sekurangnya saya dapat perjelaskan lagi tentang perkara ini, ” ujar beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.