ANTARAPOS.COM
KUALA LUMPUR: Penasihat DAP, Lim Kit Siang disifatkan sebagai pendek
akal apabila mengkritik kepemimpinan Menteri Besar Johor, berhubung
siasatan kes penyelewengan hartanah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) di negeri itu.
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim juga
menyifatkan kenyataan Kit Siang supaya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
bercuti disebabkan siasatan tersebut sebagai `tidak sesuai’.
Lebih-lebih lagi kata Tunku Abdul Aziz, kritikan itu dibuat ketika
anaknya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhadapan
kes mahkamah berhubung skandal rasuah di negeri tadbirannya.
Berikutan itu, Tunku Abdul Aziz mencadangkan Kit Siang memainkan
peranan sebagai bapa dan Penasihat DAP untuk menasihati Guan Eng supaya
melepaskan jawatannya terlebih dahulu daripada sibuk mengambil tahu
mengenai orang lain.
“Guan Eng telah didakwa di mahkamah, kes di Johor belum didakwa pun,
masih peringkat siasatan. Tapi sampai hari ini (Guan Eng) masih tidak
mahu letak jawatan, seolah-olah tiada orang lain nak ganti.
“Pembangkang memang dwistandard, bila orang lain buat tidak betul,
kerajaan buat perkara baik pun tidak betul. Mereka pendek akal,” katanya
dalam sidang akhbarnya semalam.
Baru-baru ini, tujuh lelaki termasuk anak dan pegawai khas Pengerusi
Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Abd. Latiff
Bandi ditahan kerana disyaki terlibat dalam rasuah dan penyelewengan
hartanah termasuk menukar status rumah bumiputera kepada bukan
bumiputera.
Berikutan itu, Abd. Latiff yang difahamkan telah disoal siasat oleh
SPRM berhubung kes berkenaan telah membuat permohonan cuti ketika
bertemu Mohamed Khaled untuk satu tempoh tertentu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan