ANTARAPOS.COM
SHAH ALAM: Bukan sedikit individu berintelektual menolak usaha untuk memperkasakan perundangan Islam di negara ini.
Itu penegasan Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia, Ismail mina.
Beliau berkata demikian mengulas pegangan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri
Zainul Abidin yang beranggapan pelaksanaan hudud bukan keutamaan buat
masa ini.
Dr Asri sebelum ini dalam laman sosial Facebooknya memuatnaik
pendiriannya mengenai usaha untuk meminda Akta 355 bagi memperkasakan
bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Dalam tulisannya, beliau seolah-olah berkata usaha yang diperjuang PAS
serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam itu hanya memanipulasi nama
Islam, untuk agenda tertentu.
Ulasan Dr Asri itu mengundang reaksi pelbagai malah ada yang
mmpersoalkan apakah pendirian mufti itu terhadap agenda memperkasakan
perundangan Islam, begitu juga Ismail.
"Dalam sejarah Islam semasa pun, ada intelaktual Islam yang tak mahu
undang-undang Islam dilaksanakan. Bukan seorang dua tetapi ramai.
"Jadi kita tidak hairan jika ada suara-suara songsang daripada ahli
masyarakat Islam yang tak kira status dia apa, mufti ke, orang awam
biasa ke, yang tak mahu tertegaknya syariat dalam negara kita," ujarnya
ketika dihubungi Antarapos.
Ismail juga meminta masyarakat agar mengkaji setiap hujah yang
dilontarkan mana-mana pihak yang meragui usaha untuk memperkasakan
perundangan Islam.
"Masyarakat harus menilai siapa sebenarnya dia dan apa agenda dia
sebenarnya. Kena kaji betul-betul, jangan ambil mudah," katanya.
Beliau juga menegaskan buat kesekian kalinya, usaha perkasakan RUU355
tiada kaitan dengan cadangan melaksanakan hudud di Kelantan.
"Ini bukan soal hudud. Jangan campur adukkan hudud dengan RUU355. Ada
orang dikalangan bukan islam yang ada status, meracuni pemikiran orang
Islam dan bukan Islam dengan mengatakan RUU355 ini ke arah hudud. Ini
berbeza," ujarnya.
Bukan hanya Ismail, ramai pemimpin PAS malah Perdana menteri, Datuk
Seri najib Razak sendiri menyatakan agenda memperkasakan Mahkamah
Syariah bukanlah 'jalan belakang' untuk melaksanakan hukuman hudud.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.