ANTARAPOS.COM
SHAH ALAM: Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengakui
kata-kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai Rafizi Ramli
bahawa Ahli Parlimen Pandan itu tidak tahu membezakan antara dosa dan
pahala.
Menurutnya, Rafizi selalu memperbesarkan isu kecil dalam pendedahannya.
"Betullah kata Presiden PAS bahawa Pandan (Rafizi) ni tak tahu dosa dan pahala.
"Suka sangat menyelongkar sampai jadi hobi. Tahi ayam pun digempaknya
jadi tahi tuan ayam. Memang riuhlah...Nasihat saya, pandu cermat, jiwa
selamat. Tekan minyak, tekan juga brek," katanya dalam satu kenyataan
yang dipetik melalui Facebooknya.
Sebelum ini, Rafizi menerusi sidang media di Ibu Pejabat Invoke,
berkata, pendedahan itu dibuat setelah seminggu beliau mendakwa ada wang
dari akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
mengalir kepada tokoh yang rapat dengan pimpinan PAS.
Mengulas lanjut, Nik Abduh berkata, dalam isu ini pemimpin PAS juga mempunyai banyak maklumat.
"Tetapi mereka berusaha mempraktikkan akhlak yang mulia bahawa sesuatu
yang belum masak buktinya, maka diam adalah senjata disarung dan biarkan
ia terlihat. Usah gegak mengejar mentari.
"Sabarkan diri, fajarkan menyinsing," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.