SELURUH Rakyat Malaysia tahu dendangan fitnah UG yang sudah hampir mencecah sedekad terhadap PAS. Ada yang terjun dari Bahtera PAS ke dalam lautan luas yang dipenuhi jerung kerana racun bayangan fatamorgana UG PAS-Umno ini.
Hari ini, racun bayangan fatamorgana ini sudahpun merebak luas ke
dalam salur darah segelintir pemimpin rakan tahaluf siyasi PAS sehingga
ada yang hilang kawalan dan sanggup menyerang Nakhoda dan Bahtera PAS
dengan pelbagai rekayasa bahawa PAS sedang bersandiwara dan berdrama
dengan musuh politiknya Umno.
Tidak disangka-sangka, selepas fitnah 90 mukasurat terhadap Tan Sri
Khalid, PAS pula difitnah dengan tuduhan menerima dedak 90 juta dari
Umno. Dedak yang kononnya dari dana 1MDB, yang kononnya digunapakai oleh
Umno untuk menundukkan pemimpin PAS Pusat khususnya Nakhoda Bahtera
agar sedia bersandiwara dan berdrama dengan Umno melalui pindaan ke atas
Akta 355 tempohari.
Kepada mereka yang kecewa selepas RUU 355 berjaya dibentang Tuan Guru
Presiden PAS tempohari sehingga tiba-tiba mahu mendedahkan rekayasa 90
juta itu, PAS sangat-sangat meraikan pendedahan itu.
Sebagai sebuah parti politik dan jemaah Islam yang komited dalam
memerangi rasuah 25 jam sehari, PAS berharap pendedahan yang dijanjikan
pada hari ini dapat merangkumi 4 aspek di bawah, antaranya ialah:
1. Pendedahan nama 2 pihak yang dituduh.
2. Bukti transaksi aliran dana di antara penyumbang dana 1MDB itu termasuk transaksi aliran dana di antara 2 individu itu.
3. Bukti dana 90 juta itu betul-betul dari dana 1MDB.
4. Bukti dana 90 juta dari 1MDB itu telah mempengaruhi keputusan
pemimpin PAS Pusat berkenaan
RUU355. Kerana tuduhan pemimpin yang berkenaan melalui dedak 90 juta itu dibuat atas rasa tidak puas hatinya beliau terhadap sesi pembentangan RUU355 tempohari.
Empat aspek inilah yang wajib dibentang pemimpin yang berkenaan tengahari ini. Buktikan bahawa beliau dan rakan-rakan beliau tidak diracuni bayangan fatamorgana UG PAS- Umno yang pernah menjangkiti bekas kelasi bahtera PAS satu ketika dahulu. – HARAKAHDAILY

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.