Oleh Ainor Rahim
SHAH ALAM: Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua perlu sedia berdepan
dengan apa jua tindakan yang bakal menyusul ekoran keengganannya
mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Razali Ibrahim berkata
sememangnya menjadi tabiat pembangkang yang gemar menimbulkan keraguan
dan mencetuskan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.
"Itu keyakinan dia (Tony Pua) dan dia kena hadapi apa juga kemungkinan yang bakal berlaku.
"Jadi dia nak tuduh, nak beri pandangan dia itu dia punya hak tetapi
pada saya tidak ada pun benda yang melanggar kecuali dakwaannya yang
bersifat tuduhan fitnah kepada PM," katanya ketika dihubungi Antarapos
hari ini.
Pua, yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkeras enggan
membuat permohonan maaf kepada Najib bersabit video dimuat naik di
Facebook yang mendakwa kerajaan mengabaikan semua Rang Undang-Undang
bagi memberi keutamaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa
Jenayah) 1965, atau RUU 355.
Peguam yang mewakili Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun semalam
menyerahkan surat tuntutan anak guamnya, menuntut pemimpin DAP itu
membuat permohonan maaf dan mengeluarkan video yang dimuat naik itu,
dalam masa tujuh hari.
Menurut Hafarizam, jika pihaknya tidak menerima respons yang memuaskan,
beliau dengan tegasnya akan memulakan prosiding undang-undang terhadap
Pua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.