GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini membebaskan Exco
Pulau Pinang, Phee Boon Poh dari perintah tahahan reman selama lima hari
selepas hakim Lim Chong Fong membatalkan keputusan penolong pendaftar
yang dibuat Sabtu lalu.
Peguam Phee, RSN Rayer dan Ramkarpal Singh berkata perintah reman
selama lima hari terhadap Phee bukan sesuatu yang lazim kerana ia
dikeluarkan oleh penolong pendaftar Ameera Mastura Khamis tanpa
mendengar hujah anak guam mereka.
Jumaat lalu, Phee ditangkap kerana didakwa menulis surat yang menggesa
Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) supaya tidak bertindak terhadap
sebuah kilang penapis karbon di Bukit Mertajam yang beroperasi secara
tidak sah.
SPRM menyerbu kilang berkenaan, pejabat MPSP dan Phee di Komtar, pusat
khidmatnya di Sungai Puyu dan rumahnya di Butterworth serta merampas
dokumen yang berkaitan dengan kes itu.
Setelah dibebaskan, Phee mengucapkan terima kasih kepada peguam dan penyokongnya yang tampil sepanjang pengalaman pahitnya.
"Saya akan terus berkhidmat kepada rakyat, kita mesti berdiri bersama
kerana ini adalah masa paling gelap di Malaysia," ujarnya beremosi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.