SHAH ALAM: Ada beberapa bekas ahli Umno yang kini menyertai Parti
Warisan Sabah ingin kembali dengan perjuangan parti lama, demikian
menurut Pemangku Ketua Umno bahagian Semporna Datuk Seri Nasir Sakaran.
Nasir berkata, tindakan itu membuktikan perjuangan Umno selama ini,
terutama menjaga kebajikan rakyat dan membawa pembangunan adalah yang
terbaik berbanding pembangkang.
Berita baik berkenaan 'kepulangan' mereka ini akan diumumkan kelak, katanya.
"Apabila tiba masanya kita (Umno) akan adakan satu majlis simbolik
mereka kembali kepada parti,” kata ADUN Senallang itu ketika ditemui
pemberita selepas menyempurnakan majlis khatam al-Quran anjuran Wanita
USIA Semporna hari ini.
Nasir juga menyifatkan kumpulan yang mengikuti jejak Datuk Seri Shafie
Apdal, yang juga bekas naib presiden Umno yang kini menjadi Presiden
Warisan sebagai terkeliru.
Ditambah lagi dengan perkembangan terkini membabitkan Shafie dan parti berkenaan.
Nasir berkata sehingga kini, tiada anggota Umno Semporna yang keluar
parti dan sepanjang tempoh jelajah jentera Umno mendekati penduduk
daerah ini rata-rata menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap
kepimpinan Umno serta BN Sabah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.