shahbudindotcom
Apa sudah jadi dengan Najib Razak kebelakangan ini?
Kenapa sampai terkeluar daripada mulutnya ungkapan "kepala bapak kau"?
Tidakkah
beliau sedar kedudukannya sebagai Perdana Menteri yang berketurunan
Melayu dan beragama Islam di mana seharusnya beliau sentiasa menjaga
budi bahasa dan percakapannya di khalayak ramai?
Lupakah
Najib bahawa beliau berasal daripada keluarga baik-baik yang
kebiasaannya memang dididik untuk menjauhi daripada menggunakan
perkataan keji atau bahasa jalanan seperti "kepala bapak kau" itu?
Lebih
daripada itu, sedarkah Najib bahawa mat rempit pun tidak kedengaran
lagi mengucapkan perkataan "kepala bapak kau" secara terbuka dan di
depan umum sekarang ini, malah ramai di antara mereka yang tinggi budi
bahasa dan bersopan santun ketika berbicara?
Adakah Najib sekarang lebih rendah tarafnya daripada mat rempit?
Yang
lebih memalukan, baru saja semalam beliau mengatakan tidak akan
merendahkan martabat dirinya dengan menyentuh hal-hal peribadi
sepertimana "orang itu", suatu panggilan kegemaran kepada Tun Mahathir
Mohamad, kenapa hanya beberapa jam selepas itu sudah melupai
kata-katanya sendiri?
Dengan
mengucapkan perkataan "kepala bapak kau", Najib dengan sendirinya
meletakkan dirinya bukan saja jauh lebih rendah berbanding Tun Mahathir
yang hanya mengatakan Presiden UMNO itu mungkin berasal dari lanun
Bugis, malah mat rempit juga tidak lebih rendah berbanding dirinya.
Ini
kerana berbanding mat rempit yang hanya menaiki kapcai dan hidup serba
tidak selesa, kedudukan Najib yang ada jet peribadi, tinggal di Seri
Perdana, makan pakai ditanggung oleh duit rakyat, ada kawalan
keselamatan UTK lagi, malangnya semua keselesaan itu masih tidak mampu
menjadikan dirinya lebih berbudi bahasa di khalayak ramai.
Tidakkah ia bermakna mat rempit lebih mulia lagi?
Tidak cukupkah lagi dengan perkataan bangang, haramjadah dan bangsat yang pernah dilafazkannya sebelum ini?
Adakah Najib sekarang begitu tertekan sehingga banyak perlakuannya jadi tak keruan?
Atau kehadiran Tun Mahathir Mohamad yang semakin hampir untuk menyingkirkannya makin mengganggu hidupnya?
Kesian....takkanlah Pahlawan Bugis boleh begitu lemah dalam menghadapi cabaran?



Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.