Halaman

Khamis, 9 November 2017

Kerajaan tak pernah tarik balik kemudahan Dr M

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Kerajaan menegaskan tidak pernah menarik apa-apa kemudahan yang disediakan kepada mana-mana bekas perdana menteri termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini, pejabat Dr Mahathir telah dibekalkan dengan perjawatan yang meliputi pejabat beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) serta kediaman beliau di The Mines Resort City, Selangor selaras dengan Akta Ahli Parlimen (Saraan), 1980 (Akta 237).
 
Menurutnya perjawatan yang diperuntukkan kepada Dr Mahathir adalah sebanyak 21 perjawatan.
 
“Semua perjawatan ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan meliputi pembayaran gaji, elaun tuntutan dan lain-lain kemudahan yang layak dinikmati sebagai penjawat awam," kata JPM berhubung status semasa kemudahan untuk Dr Mahathir.
 
Baru-baru ini tular di media sosial bahawa kemudahan bagi Dr Mahathir dikatakan dikurangkan atau ditarik balik.
 
JPM berkata kerajaan turut menanggung bayaran-bayaran utiliti di YKP serta kediaman rasmi beliau sehingga kini.
 
Selain itu, menurut JPM, kerajaan juga menanggung kos bagi bayaran elaun makan dan lain-lain kos kepada juruiring, pengawal peribadi, pegawai perubatan dan penolong pegawai khas bagi lawatan yang dihadiri oleh bekas perdana menteri itu ke luar negara.
 
“Justeru, kerajaan sekali lagi menegaskan bahawa tiada sebarang kemudahan yang ditarik balik dan layanan sama rata diberikan kepada kesemua bekas perdana menteri,” kata JPM.
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.