ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di
Kedah hingga 4 petang tadi menurun kepada 2,616 orang berbanding 2,790
yang direkodkan tengah hari tadi.
Pengarah Pertahanan Awam Negeri Lt Kol (PA) Mohd Zul Khairi Shamsuddin
berkata kesemua mangsa daripada 686 keluarga ditempatkan di 24 pusat
pemindahan di Kuala Muda, Yan, Kulim, Baling dan Pendang.
Di Kuala Muda, 12 pusat pemindahan masih dibuka iaitu di Dewan Kampung
Tengah Padang Temusu menempatkan 70 orang, Dewan Kampung Bukit Belah
Batu Dua (19), Dewan Kampung Lebai Ali (171), Dewan Taman Bedong Jaya
(72), surau Taman Malinja (50) dan Dewan Kampung Segantang Garam (38).
Selain itu, surau Kampung Jawa (155), Dewan Kampung Bujang (86), Dewan
Kampung Sungai Pial (174), surau Kampung Jilid 4/5 (70), Dewan Taman
Setia Budi (61) dan surau Kampung Lebai Ali dengan 298 mangsa.
Di Kulim pula sembilan pusat pemindahan dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan
(SK) Taman Selasih (46), Surau Al-Haq (30), SK Permatang Tok Dik (563),
Surau Al-Ikhlas Karangan (231), SK Sungai Karangan (30), Masjid
Selarong Panjang (28), surau Kampung Baru Jemerli (20), SK Merbau Pulas
(88) dan SK Selama seramai 30 mangsa.
Sementara itu, sebuah pusat pemindahan dibuka masing-masing di Yan di
surau Kampung Kepala Bukit yang menempatkan 75 mangsa, di Baling di
Masjid Kuala Bakong (114) dan di Pendang di Dewan Seminar seramai 72
orang.
Dalam pada itu, 19 pusat pemindahan itu ditutup selepas mangsa banjir
dibenarkan pulang berikutan air surut dan keadaan cuaca cerah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.