KUALA LUMPUR: Ribut petir dijangka berterusan di perairan Sarawak
membabitkan Rejang dan Mukah manakala Sandakan dan Tawau di Sabah.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan
berkata, keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50
kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian
sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil.
Sementara itu, ribut petir di perairan Bunguran, Reef South, Sulu dan Sulawesi dijangka berterusan sehingga awal malam tadi.
Maklumat lanjut mengenai laporan ramalan cuaca boleh diperoleh menerusi
laman web http://www.met.gov.my/ atau Facebook atau Twitter
Metmalaysia, @malaysianmet.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan