Halaman

Jumaat, 10 November 2017

Selangor keluar pekeliling arah henti langganan akhbar Kumpulan Utusan, Berita Harian

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor hari ini mengeluarkan pekeliling mengarahkan semua jabatan, agensi dan anak syarikat kerajaan negeri menghentikan langganan akhbar di bawah kumpulan Utusan Malaysia dan Berita Harian berkuat-kuasa serta-merta.
 
Arahan itu dikeluarkan melalui pekeliling bertarikh 9 November dan ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya.
 
Mohd Amin juga memaklumkan bahawa arahan untuk membatalkan langganan dan menghentikan iklan dalam akhbar Kumpulan Utusan pertama kali dikeluarkan melalui pekeliling bertarikh 12 Jun 2008, beberapa bulan selepas Pakatan Rakyat membentuk kerajaan Selangor.
 
"Surat arahan tersebut masih berkuatkuasa sehingga hari ini.
 
“Walau bagaimanapun, pemerhatian pentadbiran ini mendapati masih terdapat jabatan, agensi dan anak syarikat kerajaan negeri yang melanggan akhbar Kumpulan Utusan dan Berita Harian.
 
"Perkara ini mendapat perhatian daripada pimpinan tertinggi kerajaan negeri yang meminta supaya langgan akhbar tersebut (Kumpulan Utusan dan Berita Harian) dihentikan serta merta di setiap jabatan dan agensi,” kata Mohd Amin dalam pekeliling berkenaan.
 
Pada masa yang sama, Mohd Amin juga mengarahkan semua jabatan, agensi dan anak syarikat kerajaan negeri supaya memberi tumpuan kepada melanggan akhbar syarikat kerajaan negeri, Selangor Kini, Sinar Harian dan The Star sahaja.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.