Halaman

Jumaat, 10 November 2017

TPPA diteruskan tanpa AS, kata PM

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
DA NANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yakin Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) boleh diteruskan tanpa Amerika Syarikat (AS) sambil menambah semua 11 negara anggota boleh memuktamadkan perjanjian perdagangan itu di Da Nang (Vietnam).
 
“Saya yakin dan agak optimistik kita boleh memuktamadkan perjanjian itu. Sebelas negara anggota yang diketuai Jepun, akan berusaha untuk menghasilkan versi kita.
 
“Banyak kemajuan yang dicatatkan. Menteri-menteri dan para pegawai kita telah bekerja keras dan kita mengadakan mesyuarat yang berakhir sehingga 3 pagi hari ini,” kata Najib semasa sesi panel di Sidang Kemuncak CEO Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2017 di Da Nang.
 
Mesyuarat TPPA dijadual disambung semula hari ini.
 
“Sudah tentulah, ada proses yang perlu diselesaikan, tetapi sekurang-kurangnya kita berjaya menyelamatkan perjanjian perdagangan bebas yang penting bagi masa depan APEC,” katanya.
 
Rundingan TPPA diadakan di luar acara Minggu Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC yang sedang berlangsung sekarang sejak 6 November.
 
Dalam pada itu Najib berkata beliau percaya TPPA adalah cara terbaik untuk menjana kekayaan dan mewujudkan kedudukan sama-sama menang bagi setiap orang.
 
“TPPA sepatutnya menjadi asas penting ke arah Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN, dalam mentransformasikan keseluruhan rantau menjadi kawasan perdagangan bebas,” katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.