KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk
Seri Ir. Dr. Zaini Ujang menyifatkan, Menteri Besar Selangor Datuk Seri
Azmin Ali sebagai tidak faham dengan apa yang dimaksudkan dengan margin
simpanan air kosong peratus.
Zaini menjelaskan, margin simpanan air bukanlah soal mana-mana empangan-empangan di negeri itu mempunyai air atau sebaliknya.
Tetapi ujar beliau, makna kosong peratus margin simpanan air ialah air
terawat yang dihasilkan menerusi loji rawatan air yang hanya cukup-cukup
untuk diagihkan kepada pengguna menerusi paip.
Beliau memberitahu, tidak ada stok air lebihan untuk disimpan dalam tangki besar di kawasan perumahan atau perindustrian.
“Dengan kata lain, isipadu permintaan air sama dengan isipadu penghasilan air terawat.
“Jika berlaku kerosakan loji atau paip pecah, maka kawasan terbabit
akan mengalami gangguan bekalan air sehinggaah kerosakan tersebut dapat
dipulihkan,” jelas beliau yang dilaporkan Utusan Malaysia.
Sehubungan itu beliau menggesa Mohamed Azmin sepatutnya berlapang dada,
meluangkan masa membaca serta memahaminya apa yang cuba disampaikan.
Sekiranya Mohamed Azmin masih tidak faham, Zaini turut menerangkan
bahawa jumlah gangguan bekalan air merupakan petunjuk utama untuk
memantau tahap perkhidmatan bekalan air.
“Di Selangor sebagai contoh, sebanyak 259,537 aduan berhubung gangguan
bekalan air direkodkan pada 2016 berbanding jumlah nasional 416,201,”
ujar beliau.
Semalam, Mohamed Azmin memberitahu, beliau mahu mengajak Menteri
KeTTHA Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili melihat sendiri empangan dan
rizab air negeri.
Malah beliau turut menuduh Putrajaya mempolitikkan gangguan bekalan air di negeri itu.
Azmin menyenaraikan 9 empangan di Selangor yang sama ada 98% atau 100%
penuh, antaranya Empangan Sungai Selangor, Sungai Tinggi, Sungai
Semenyih, Klang Gate dan Sungai Langat.
Katanya, ini kerana bukti menunjukkan empangan di Selangor berpada
pada kapasiti 100% dan rizab bertambah daripada 3% kepada 6%.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.