KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini mengedarkan dokumen kajian semula
persempadanan semula mengenai pelbagai syor yang dicadangkan bagi
pilihan raya.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata syor
bahagian pilihan raya itu merangkumi kawasan persekutuan dan negeri
Tanah Melayu kali keenam, 2018.
"Selain itu, ia mengandungi draf perintah Perlembagaan Persekutuan
(Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya) (Negeri-Negeri Tanah
Melayu 2018).
"Dokumen ini diletakkan di atas meja Yang Berhormat sekalian, namun saya ingin memberi satu peringatan.
"Semua dokumen ini tidak boleh disiarkan sehingga ia dibentangkan pada
Rabu, 28 Mac 2018," katanya ketika menyampaikan pemasyhuran di Dewan
Rakyat, sebentar tadi.
Kali terakhir urusan persempadanan dibuat pada 2003.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.