Halaman

Selasa, 20 Mac 2018

Sebutan semula kes Geng 04 ditetapkan 24 April ini

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
IPOH: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 24 April ini untuk sebutan semula kes 36 ahli kongsi gelap Geng 04 atas tuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang sejak tiga tahun lalu.
 
Hakim Murtazadi Amran menetapkan tarikh tersebut ketika kes terhadap kesemua tertuduh disebut di hadapan beliau hari ini.
 
Terdahulu, pada prosiding yang berlangsung lebih sejam itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Izhanudin Alias telah memohon tarikh sebutan baharu untuk melengkapkan dokumen dan izin pendakwaan.
 
Mengikut pertuduhan, kesemua lelaki terbabit didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng 04 antara 1 Januari 2015 dan 27 Januari lalu.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.