Halaman

Selasa, 20 Mac 2018

Pelajar maut terkena bilah pisau mesin rumput, pengetua cuai

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SEREMBAN: Pengetua sekolah kes seorang pelajar maut terkena bilah pisau mesin rumput bulan lalu telah dikenakan tindakan tatatertib.
 
Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman dekat Tampin cuai kerana membenarkan kontraktor memotong rumput ketika pelajar di padang, lapor Kosmo!
 
Beliau sepatutnya tidak membenarkan kerja-kerja memotong rumput dijalankan ketika pelajar menjalankan aktiviti, kata timbalan menteri pendidikan.
 
Datuk Chong Sin Woon tidak mahu menyatakan bentuk tindakan tersebut.
 
Pada 13 Februari lalu, seorang pelajar tingkatan dua Nur Afini Roslan, 14, maut di situ selepas kepalanya terkena bilah traktor mesin rumput.
 
Dua lagi pelajar Abdullah Hazlan, 14, dan Mohd Farhan Reza Badrul Hesam, 13 pula cedera dalam kejadian tersebut.
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.