KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan
seorang lagi suspek bergelar Datuk bagi membantu siasatan isu penjualan
tanah milik Kerajaan Selangor di Mukim Ijok.
Suspek yang ditahan itu adalah individu yang dicari SPRM, yang sebelum ini dikaporkan berada di negara jiran.
Suspek berusia 53 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya
selepas dia hadir untuk memberi keterangan, petang tadi. Beliau dijangka
direman, esok.
Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani, mengesahkan penahanan serta pembekuan beberapa akaun berkenaan.
Susulan itu, SPRM hari ini difahamkan membekukan beberapa akaun yang
bernilai RM47 juta, sekali gus menjadikan sejumlah RM86 juta dibekukan
setakat ini.
Kelmarin, enam individu, termasuk dua orang yang bergelar Datuk,
berusia antara 34 tahun dan 84 tahun itu ditahan di Petaling Jaya,
Selangor dan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, di antara jam 12.45 tengah hari
dan 4 petang.
Antara yang ditahan adalah bapa dan anak lelaki.
Pasukan penyiasat juga membekukan sembilan akaun peribadi dan syarikat bernilai RM39 juta milik semua suspek yang ditahan.
Ketika ini, siasatan SPRM merangkumi penerimaan bayaran menerusi
transaksi wang kira-kira RM200 juta kepada lima syarikat iaitu
masing-masing menerima lebih kurang RM68 juta, RM62 juta, RM42 juta,
RM16.5 juta dan RM8.5 juta.
Penjualan tanah seluas 880 hektar kepada syarikat pemaju swasta pada
harga RM1.18 bilion itu menimbulkan kontroversi dan dipersoalkan
pelbagai pihak, termasuk peneroka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.