KUALA LUMPUR: Presiden kumpulan pendesak Melayu (PERKASA) Datuk Ibrahim
Ali bersedia bertanding mewakili mana-mana parti politik yang berminat
menawarkan beliau kerusi Parlimen di Kelantan pada Pilihan Raya Umum
ke-14 (PRU14).
Walau bagaimanapun katanya, parti yang bakal dipilih itu mempunyai agenda politik yang senada dengan jiwanya.
"Saya berhasrat nak bertanding atas parti politik. Tapi parti mana saya
tak boleh jawab sebab kot-kot ada parti yang masukkan nama saya ke?
“Jadi saya nak tengok sama ada agenda yang dibawa itu kena tak dengan
jiwa saya," katanya sambil ketawa pada sidang media di ibu pejabat
PERKASA di Kuala Lumpur.
Dalam pilihan raya umum lalu Ibrahim gagal mempertahankan kerusinya di
kawasan itu apabila kecundang di tangan tokoh muda PAS Nik Abduh – anak
bekas menteri besar Kelantan dan mursyidul am PAS Datuk Nik Aziz Nik
Mat.
Ibrahim pada 2008 pernah bertanding atas tiket PAS di parlimen itu tetapi memilih menjadi wakil bebas selepas menang.
Kata Ibrahim lagi beliau kemungkinan akan bertanding di Pasir Mas atau Rantau Panjang.
"Untuk PRU14 ini saya nak umumkan secara rasmi insya-Allah akan bertanding.
"Tengoklah (sama ada) Pasir Mas atau Rantau Panjang. Saya dua-dua boleh
ada orang suruh bertanding di Pasir Mas ada di Rantau Panjang,”
katanya.
Menyifatkan dirinya seperti “janda” yang banyak peminat, Ibrahim
berkata masih menunggu jika terdapat pihak yang berminat membariskannya
dalam pasukan mereka di negeri Cik Siti Wan Kembang.
PAS dijangka mendapat cabaran hebat serpihannya Parti Amanah Negara
(AMANAH) di Kelantan pimpinan bekas exco dan anak didik Nik Aziz, Husam
Musa, selain musuh tradisi Umno.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.