ANTARA yang golongan
Assabiqun boleh buat untuk membantu kemenangan PAS dalam PRU14 ini ialah
mengajak anak buahnya bermunajat setiap malam hingga malam membilang
undi, moga-moga Allah buka pintu kemenangan kepada PAS.
Justeru,
kebanyakannya uzur kerana berusia 60 tahun ke atas, ada yang kurang
daya/tenaga, ada sakit lutut, lemah jantung, darah tinggi, kencing
manis, kurang daya ingatan dan lain-lain, maka tidak dapat cergas
seperti muda-muda dulu.
Tetapi masih boleh menyumbang mengikut
keupayaan masing-masing iaitu bermunajat setiap malam. Selain berdoa
minta kemenangan setiap solat fardu dan sunat boleh lakukan solat hajat
secara sendiri atau berjamaah.
Seeloknya ajak dan pesan kepada semua
anak buah, kaum kerabat terdekat dan sekalian aktivis dan penyokong
parti. Pada warga Assabiqun sekalian aktivis dan penyokong parti adalah
anak buahnya. Nasihatnya sebagai orang tua, banyak jasa dan pengalaman
selalunya didengar dan dihormati.
Bagi aktivis yang sibuk dan banyak
tugas, boleh adakan solat hajat ringkas, tapi bila ada kelapangan
tunaikanlah sepanjang masa yang ada.
Dewan Ulamak telah mengeluarkan satu
buku Munajat Pilihan Raya, Himpunan dan Zikir sebagai panduan kepada
semua dan merayu supaya setiap ahli dan penyokong PAS menunaikannya
setiap malam.
Dianjurkannya bermula dengan membaca
al-Fatihah dan Yasin, diikuti dengan empat rakaat solat hajat dua salam.
Rakaat pertama selepas Fatihah diiring dengan 10 kali surah al-Ikhlas.
Rakaat kedua 20 kali, rakaat ketiga 30 kali dan keempat 40 kali.
Jumlahnya 100 kali. Kemudian berdoa nyatakan hajatnya iaitu minta
sekalian calon PAS dan penyokongnya dimenangkan.
Orang tua cakapnya masin, doanya makbul,
munajatnya didengar Allah. Bagi anak buahnya yang mendengar pesan orang
tua amat disayangi Allah dan disediakan pahala yang banyak.
Dalam setiap doa minta tamatkan
parti/kerajaan yang mengabaikan tuntutan Allah, gantikan ia dengan
kerajaan Islam pimpinan PAS. Moga-moga dengan izin dan syafaat-Nya PAS
dapat membentuk kerajaan yang adil, dapat memberi kesejahteraan kepda
semua. Amin! – HARAKAHDAILY
* Penulis ialah Pengerusi Assabiqun Pusat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.