Halaman

Sabtu, 7 April 2018

Dr Mahathir akui sisih kaum India 22 tahun jadi PM

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad berasa kesal dan mengakui dirinya kurang memberikan perhatian kepada kaum India selama menjadi perdana menteri selama 22 tahun.
 
Justeru katanya, bagi 'menebus' kembali kesilapan yang dilakukannya dahulu, beliau berjanji untuk memberikan perhatian yang lebih kepada kaum India dan kaum minoriti yang lain jika PH berjaya menakluk Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
"Saya rasa saya bersalah kerana tidak memberikan perhatian yang lebih kepada kaum India (sebelum ini).
 
"(Justeru) ini adalah janji kita (PH) untuk memberikan perhatian yang  istimewa kepada kumpulan dan komuniti yang telah diabaikan pada masa lalu," katanya di hadapan lebih 300 penyokong PH sempena pelancaran manifesto PH mayarakat India.
 
Dr Mahathir sebelum ini dikritik sebagai sering menyisihkan masyarakat India sepanjang beliau bergelar perdana menteri.
 
Bukan sahaja kaum itu dinafikan segala pembangunan, malah banyak dasar berat sebelah yang dibawa Dr Mahathir menyebabkan pegangan ekonomi masyarakat India di negara ini terhakis sehingga tercetusnya demonstrasi berskala besar menerusi perhimpunan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (HINDRAF) pada 2007.
 
Susulan itu, pemimpin pembankang berusia 93 tahun itu mengumumkan beberapa janji atau manifesto yang bakal memberikan keistimewaan kepada masyarakat India selepas ini jika PH menang pada PRU.
 
"PH mempunyai 25 janji yang berbeza yang kita mahu lakukan dan kita berjanji kita akan buat apabila kita menang untuk masyarakat India," katanya lagi.
 
Antara janji 'istimewa' PH kepada masyarakat India adalah mahu menubuhkan sekolah menengah jenis Tamil, menyelesaikan masalah bagi kaum kaum India yang masih belum mendapat kewarganegaraan dalam tempoh 100 hari memerintah dan memberikan dana sebanyak RM4 bilion bagi membantu pembangunan sosial dan ekonomi masyarakat India di negara ini.
 
Sebelum ini, bagi mendepani PRU14, PH telah melancarkan 60 janji manifesto parti itu beserta lima teras yang diguna pakai tatkala mahu menambat hari rakyat bagi memangkah mereka.
 
Bagaimanapun, ada daripada janji-janji tersebut dikitar semula daripada PRU lalu, malah tidak dilaksanakan di negeri-negeri yang ditakluk mereka sejak 10 tahun lalu, iaitu Selangor dan Pulau Pinang.
 
Antara 10 janji tersebut termasuklah menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), subsidi petrol bersasar, hapus hutang peneroka Felda, KWSP untuk suri rumah, menyamaratakan gaji minimum, menangguhkan bayaran PTPTN, dan mengembalikan status Sabah dan Sarawak.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.