GEORGETOWN: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
mahu memastikan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sebagai yang terbersih
dan aman dalam sejarah negara.
Sehubungan itu, Zahid menggesa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di
semua peringkat bersiap siaga bagi memastikan keamanan dan keselamatan
rakyat sepanjang proses PRU14.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri menambah, PDRM perlu memastikan
tidak ada sebarang kesilapan atau kecacatan dalam tindakan mereka
sehingga membuka ruang dipertikai pihak tertentu.
“Rakyat tanpa mengira fahaman politik, bangsa atau agama mengharapkan
PDRM melakukan yang terbaik, jadi sama-samalah kita menterjemahkan
harapan mereka dengan bekerja bersungguh-sungguh,” katanya.
Beliau berucap dalam majlis pertemuan bersama anggota PDRM di ibu pejabat Polis Kontinjen Negeri di sini pagi ini.
Parlimen dibubar berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada PRU14.
Pembubaran Parlimen yang diperkenan oleh Yang di Pertuan Agong itu
dibuat lebih sebulan sebelum mandat Barisan Nasional (BN) yang
diperolehi pada PRU13 berakhir.
PRU14 dijangka menyaksikan saingan sengit di antara BN dengan Pakatan
Harapan (PH) dan PAS di beberapa negeri khususnya Selangor, Kedah,
Johor, Perak, Kelantan dan Terengganu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.