Dalam kerancakan kempen PRU14, setiap pihak perlu menunjukkan kematangan berpolitik dan tidak melampaui batas. - Gambar hiasan
Baginda bertitah dalam kerancakan kempen pilihan raya umum ke-14 (PRU14), setiap pihak perlu menunjukkan kematangan berpolitik dan tidak melampaui batas dalam usaha untuk memenangkan parti masing-masing.
"Adalah tidak wajar sekiranya terdapat mana-mana pihak yang tidak sensitif dengan permintaan ini," titah baginda merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
"Pengerusi serta ahli jawatankuasa masjid diminta mengambil amanah, menurunkan atau menanggalkan dengan serta-merta tanpa mengira parti jika masih terdapat perkara sedemikian dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab di dalam kawasan kariah masing-masing," titah baginda. -- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.