HALAMAN SANTAI

Sabtu, 21 April 2018

PKR Sungai Siput bergolak isu calon

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SUNGAI SIPUT: PKR Sungai Siput bergolak dalam isu calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (Ke-14) apabila sebahagian ahli jawatankuasa dan ahli-ahlinya menolak calon luar bertanding di Parlimen Sungai Siput.
 
Ketua Penerangan gabungan pembangkang PKR Sungai Siput, Aminuddin Mohd. Syukri berkata, penolakan itu berikutan ura-ura yang salah seorang pemimpin parti itu di sini mahu membawa calon luar sedangkan mereka mempunyai calon sendiri yang lebih berwibawa.
 
Katanya, individu berkenaan tidak mengadakan sebarang perbincangan bersama ahli jawatankuasa berhubung calon untuk PRU-14 di Sungai Siput.
 
“Kami bersatu hati menolak apa yang dikemukakan oleh beliau kerana memanggil pihak luar untuk bertanding di kawasan ini.
 
“Kami menyokong siapa sahaja yang dicalonkan di sini namun membantah pencalanon luar yang bukan daripada pilihan ahli di Sungai Siput,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
 
Menurut beliau, mereka mempunyai calon anak tempatan yang lebih berkelayakan untuk bertanding mewakili parti itu dan diyakini mampu membawa perubahan kepada pelbagai golongan masyarakat di daerah tersebut.
 
Katanya, Ketua Ranting PKR Kampung Muhibbah, Syed Ahmad Putra Syed Isa disifatkan sebagai calon yang tepat berbanding pihak luar yang semestinya tidak memahami situasi politik di Sungai Siput.
 
“Kami sebulat suara begitu yakin dan percaya bahawa beliau yang dapat membantu penduduk dan membawa pembangunan di sini.
 
“Diharapkan bantahan ini sampai ke pengetahuan pucuk pimpinan dan mereka mengetahui bahawa kami di sini inginkan perubahan dan menolak calon luar yang tidak dikenali masyarakat untuk datang ke sini,” katanya
 
 

Tiada ulasan: