SUNGAI SIPUT: PKR Sungai Siput bergolak dalam isu calon untuk
bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (Ke-14) apabila sebahagian ahli
jawatankuasa dan ahli-ahlinya menolak calon luar bertanding di Parlimen
Sungai Siput.
Ketua Penerangan gabungan pembangkang PKR Sungai Siput, Aminuddin Mohd.
Syukri berkata, penolakan itu berikutan ura-ura yang salah seorang
pemimpin parti itu di sini mahu membawa calon luar sedangkan mereka
mempunyai calon sendiri yang lebih berwibawa.
Katanya, individu berkenaan tidak mengadakan sebarang perbincangan
bersama ahli jawatankuasa berhubung calon untuk PRU-14 di Sungai Siput.
“Kami bersatu hati menolak apa yang dikemukakan oleh beliau kerana memanggil pihak luar untuk bertanding di kawasan ini.
“Kami menyokong siapa sahaja yang dicalonkan di sini namun membantah
pencalanon luar yang bukan daripada pilihan ahli di Sungai Siput,”
katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut beliau, mereka mempunyai calon anak tempatan yang lebih
berkelayakan untuk bertanding mewakili parti itu dan diyakini mampu
membawa perubahan kepada pelbagai golongan masyarakat di daerah
tersebut.
Katanya, Ketua Ranting PKR Kampung Muhibbah, Syed Ahmad Putra Syed Isa
disifatkan sebagai calon yang tepat berbanding pihak luar yang
semestinya tidak memahami situasi politik di Sungai Siput.
“Kami sebulat suara begitu yakin dan percaya bahawa beliau yang dapat membantu penduduk dan membawa pembangunan di sini.
“Diharapkan bantahan ini sampai ke pengetahuan pucuk pimpinan dan
mereka mengetahui bahawa kami di sini inginkan perubahan dan menolak
calon luar yang tidak dikenali masyarakat untuk datang ke sini,” katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.