Halaman

Sabtu, 23 Jun 2018

BNM akan terus beroperasi sebagai badan bebas – Guan Eng

THE MALAYSIAN INSIGHT



PUTRAJAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus beroperasi sebagai badan bebas mengikut peraturan yang ditetapkan dalam undang-undang, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

“Menurut peranan yang ditetapkan dalam undang-undang. Ini adalah kerajaan yang beroperasi di bawah kedaulatan undang-undang. Kami akan menghormati peranan seperti yang digariskan di bawah undang-undang sekarang,” katanya.

Menteri itu berkata demikian apabila ditanya sama ada BNM akan berada di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan, memandangkan pengumuman mengenai Gabenor baru itu dibuat olehnya atau akan kekal sebagai badan bebas.

“Saya hanya membuat pengumuman (pelantikan). Pengumuman ini boleh dibuat melalui kenyataan akhbar atau sidang akhbar. Oleh itu, (dengan mengadakan sidang akhbar) kami juga membolehkan semua orang melihat sendiri Gabenor BNM yang baru.”

“Pengumuman ini juga dibuat susulan beberapa laporan berita yang lebih awal … .nampaknya banyak ketirisan berlaku jadi itu sebabnya kami buat pengumuman petang ini,” katanya selepas mengumumkan pelantikan Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus sebagai Gabenor BNM baharu bagi tempoh lima tahun berkuatkuasa 1 Julai 2018 hingga 30 Jun 2023 di sini, semalam.

Beliau menggantikan Tan Sri Muhammad Ibrahim, yang meletak jawatan awal bulan ini sebelum menamatkan tempoh lima tahu, selepas pelantikannya pada Mei 2016.—Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.