Oleh : Hazierra Lukman
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal, Mohd Norhiesham Ismail berpendapat seorang Ketua Pemuda UMNO Malaysia haruslah mempunyai pemikiran di luar kotak serta berani bertindak lebih agresif bagi mengekalkan kelangsungan perjuangan UMNO.
Menurut Norhiesham, pencalonan Datuk Seri Jamal Md Yunos merupakan antara pilihan terbaik dalam usaha untuk membela nasib rakyat serta menjadi kepala jentera untuk memimpin pergerakan anak muda kini bagi berhadapan dengan ketempangan kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH).
“Pencalonan Datuk Seri Jamal Yunos telah menyuburkan demokrasi terhadap pemilihan pemuda UMNO yang menjadi tumpuan bukan sahaja kepada ahli UMNO tetapi kepada seluruh rakyat malaysia kerana pemuda UMNO akan memainkan peranan penting khususnya dalam menarik generasi muda terhadap hala tuju parti dan negara.
“Beliau adalah seorang pemimpin yang berani dan digeruni oleh musuh-musuh daripada parti lain kerana beliau telah berjaya mengadakan demonstrasi dan juga protes yang diluar pada kotak fikiran.
“Sememangnya perjuangannya adalah untuk membela masyarakat di peringkat akar umbi yang rata-ratanya kita lihat isu-isu yang dibangkitkan berkaitan golongan tertentu yang ditindas ataupun tidak diperlakukan seadilnya seperti isu-isu di Selangor,” katanya dalam satu kenyataan kepada Watan-Online pada Selasa.
Jelas Norhiesham, sifat yang ada pada Jamal amat bersesuaian apabila UMNO kini berada di blok pembangkang dimana perlu diterapkan dalam diri setiap jentera serta anak muda kini.
“Untuk menjadi seorang Ketua Pemuda UMNO Malaysia, sifat seperti ini perlu ada kerana UMNO sekarang berada di blok pembangkang, kita bukan lagi di blok pemerintah. Hari ini bila kita di blok pembangkang, seorang Ketua Pemuda perlu seorang yang berani, agresif dan turun ke padang untuk mengadakan demonstrasi jalanan dan seterusnya dapat mengerah anak-anak muda hari ini bersama untuk memastikan ketempangan dan kelongsongan pihak kerajaan yang diterajui oleh Pakatan Harapan.
“Ketua pemuda harus mempunyai ciri-ciri yang mampu berfikiran luar kotak untuk diterapkan kepada para jentera pemuda bagi memastikan kelangsungan perjuangan pemuda UMNO yang dalam sejarahnya menjadi pembangkang kini,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.