Beliau berkata skandal itu harus dibawa untuk perhatian rakyat bagi mewujudkan Malaysia baharu yang sifar toleransi terhadap rasuah.
"Saya percaya ada keperluan untuk membina sebuah Malaysia yang baharu. Kita perlu memperbetulkan semula segala kesalahan yang berlaku pada masa lalu," katanya kepada pemberita di pejabat Parlimen Segambut di Kuala Lumpur hari ini.
Lim diminta memberi komen mengenai kritikan yang diterima oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng daripada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang menegur beliau agar membenarkan kementerian dan agensi kerajaan lain mendedahkan skandal.
Lim berkata komennya tidak khusus kepada pendedahan yang dibuat oleh anaknya terhadap skandal 1Malaysia Develoment Bhd (1MDB) dan menyentuh isu itu secara umum.
Beliau juga berkata turut mendedahkan kesalahan kerajaan sejak 52 tahun yang lalu.
"Adalah lebih baik ia didedahkan daripada kemudian dibongkar oleh pembangkang dan dipersalahkan sedangkan mereka bertanggungjawab terhadapnya.
"Terdapat kelebihan dan kekurangan (dalam pendedahan) tetapi jika terdapat kesalahan, saya fikir ia perlu didedahkan," kata Lim.
Semalam, Anwar berkata Lim sepatutnya berhenti membuat pendedahan skandal terhadao kementerian dan agensi kerajaan yang lain dan sebaliknya fokus menanamkan keyakinan terhadap pelabur.
Lim berkata semua skandal kewangan yang beliau dedahkan adalah di bawah arahan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.