Fadli
Fathullah bersama isteri pertama, Sherrylin (kiri) dan Sabrina semasa
menyambut Hari Raya Aidilfitri di Sandakan baru-baru ini.
KUALA LUMPUR – Untungnya dapat beraya bersama isteri dan madu serentak.
Apalagi kalau kedua-duanya cantik dan muda. Fadli
Fathullah menerima ciuman daripada isteri pertama, Sherrylin (kiri) dan
Sabrina semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri di Sandakan baru-baru
ini.
Itu ‘tuah’ seorang ahli perniagaan di Sabah, Datuk Datu Fadli
Fathullah, 29, yang menyambut Syawal kali bersama isteri pertama,
Sherylin dan isteri kedua, Sabrina.
Sherylin berusia 27 tahun manakala Sabrina baru berusia 21 tahun.
Fadli Fathullah bersama Sherrylin.
“Saya bernikah dengan isteri muda tiga hari sebelum Ramadan dan berterus terang dengan isteri pertama.
“Bagi saya walaupun berisiko terus terang lagi baik daripada merahsiakannya dan hidup dalam ketakutan.
“Saya tidak ada sebarang rahsia atau amalan cuma yakin dengan
kejujuran saya dan tidak membelakangkan agama, Allah akan membantunya.
“Alhamdulilah, kini akhirnya kedua-dua isteri saya dan keluarganya
menerimanya dengan baik,” ujarnya kepada Malaysia Gazette hari ini. Fadly Fathullah bersama Sabrina.
Foto mereka bertiga tular di laman media sosial selepas Sherrylin
memuatnaik ke dalam laman media sosial sejak hari raya ketiga lalu.
Bersama Sherrylin, Fadli yang mempunyai syarikat produksi sendiri itu mempunyai dua cahaya mata berusia tiga tahun dan setahun.
Sherrylin seorang peniaga kosmetik manakala Sabrina pula peniaga jamu. Fadli Fathullah bersama Sherrylin (tengah) dan Sabrina.
Mengimbas kembali bagaimana kedua-dua isterinya berbaik, beliau
berkata, di luar pengetahuannya, Sherrylin dan Sabrina mengadakan
pertemuan secara senyap-senyap.
“Pada masa itu mereka (kedua-dua) membuat pelbagai alasan untuk saya
datang ke rumah dan apabila saya masuk saya terkejut kedua-dua
(Sherrylin dan Sabrina) ada bersama,” katanya.
Ditanya apa perasaaannya ketika itu, Fadli hanya meluahkan rasa bahagianya dan bersyukur kepada tuhan.
Kebetulan kedua-dua isterinya berasal dari Sandakan, sambutan hari raya disambut di sana.-MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.