Azyyati Ahmad, Astro Awani
BEKAS
perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap pendakwaan
dilakukan ke atasnya adalah satu peluang terbaik bagi beliau
membersihkan namanya. - Foto ASTRO AWANI / Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Bekas perdana
menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap pendakwaan dilakukan ke
atasnya adalah peluang terbaik bagi beliau membersihkan namanya.
Beliau turut mengharapkan agar proses perbicaraan ini dilakukan secara adil berasaskan kedaulatan undang-undang.
"Ini adalah peluang terbaik untuk saya membersihkan nama secara tuntas selepas dituduh dengan berat sekali,” katanya dalam satu sidang media ringkas di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Najib turut mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di atas layanan mereka yang baik.
Sebelum itu, Najib mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM42 juta secara keseluruhan.
Beliau diwakili pasukan pembelaan yang diketuai Tan Sri Mohammad Shafee Abdullah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan