Halaman

Selasa, 3 Julai 2018

RM2.6 BILION : ZETI BELUM BOLEH KOMEN




Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz menolak untuk mengulas mengenai akaun RM2.6 bilion milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya tidak mahu mengulas mengenainya sekarang kerana ia merupakan satu kes…Saya tidak boleh beri komen mengenainya sekarang.

“Namun, pada satu tahap, anda akan dapat komen itu,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) di Kuala Lumpur, lapor media pada Selasa.

Terdahulu portal berita Malaysiakini dalam satu temubual melaporkan Najib mendakwa Zeti mengetahui dana di dalam akaun peribadi miliknya itu sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) namun tidak mempersoalkannya.

Najib berkata beliau menjangkakan BNM akan memaklumkan kepadanya jika terdapat sebarang keraguan mengenai sumber dana tersebut.

“Namun itu tidak berlaku. Oleh itu, saya mengandaikannya tidak ada masalah,” kata Najib seperti dipetik oleh portal berita tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.