BACHOK: Kerajaan negeri
pernah melakukan persediaan bagi memastikan minyak mentah dapat
disalurkan ke pantai Kelantan sejauh 150 kilometer melalui paip dasar
laut.
Menteri Besar, Ustaz Dato' Bentara Kanan
Ahmad Yakob baru-baru ini dilaporkan mengumumkan komitmen kerajaan
negeri bagi memastikan pendaratan minyak dapat direalisasikan.
Usaha itu diterjemahkan apabila kerajaan
negeri sejak 1990-an menyediakan kawasan seluas 2,000 ekar di Pantai
Senok, Bachok dekat sini dalam Dun Tawang sebagai pusat pendaratan
minyak dan gas.
Malah bukan itu sahaja, kerajaan negeri
juga turut menyediakan satu kawasan untuk menempatkan semula penduduk
yang terlibat dengan projek tersebut.
"Kerajaan negeri ketika itu sudah
melakukan perancangan serta pelan serba serbi bagi memastikan projek
pendaratan minyak dan gas di Pantai Senok ini dapat dilaksanakan.
"Saya sudah tengok perancangan ini dalam
sebuah dokumen di Pejabat Tanah dan Pengawa, termasuk perancangan untuk
pengambilan tanah," kata Penghulu Kampung Senok, Yusoff Mohamood, 66.
Beliau antara individu yang dapat
melihat sendiri hasrat kerajaan negeri ditadbir PAS, bersungguh untuk
memajukan kawasan terbabit selepas telaga minyak ditemui. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.