KUALA LUMPUR – Sekalipun UMNO kini dilihat sedang bergelut dengan
kemelut ditinggalkan beberapa pemimpinnya, namun walaupun sebagai seteru
politik Naib Presiden PKR Rafizi Ramli tidak mengambil pendekatan
merendahkan parti itu.
Beliau berkata UMNO belum tentu akan terkubur dan lemah sekalipun ia mengalami cabaran getir pada hari ini.
“Nasihat saya, jgn cepat buat kesimpulan. Tunggu semua maklumat. Semak semua.
“Kalau dengan 1 ahli parlimen pun, belum tentu parti itu berkubur. Walau dituduh lemah, belum tentu ia betul-betul lemah,” katanya menerusi Twitter.
Rafizi memberikan contoh PKR pada 2004 yang hanya memiliki kerusi Parlimen Permatang Pauh sahaja jika dibandingkan hari ini di mana parti itu merupakan sebahagian kerajaan persekutuan.
Beliau berkata demikian merujuk kepada tindakan Datuk Seri Mustapha Mohamed dan Datuk Seri Anifah Aman yang meninggalkan UMNO. -SuaraTv

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.