Halaman

Selasa, 9 Oktober 2018

10 kampung dikhuatiri tenggelam


 10 kampung dikhuatiri tenggelam
Mohd Zainal (dua,kiri) meninjau keadaan ban sebagai persediaan berdepan fenomena air pasang besar bulan ini.
 
 
KAPAR - Sebanyak 10 kampung di daerah ini dikhuatiri akan tenggelam sekiranya berlaku ban pecah ketika fenomena air pasang besar yang berlaku bermula pagi esok.

Pegawai Daerah Klang, Mohd Zainal Mohd Nor berkata, kerosakan ban yang dikesan sejak tiga hari itu bagaimanapun sudah dibaiki dengan kerja tambakan tanah.

Menurutnya, ban di Kampung Sungai Serdang itu antara lokasi tinjauan pihaknya sebagai persediaan berdepan fenomena air pasang besar bermula 9 Oktober sehingga 11 Oktober nanti.

"Sebagai persediaan, ban yang terjejas sudah ditambak semula supaya dapat menampung limpahan air laut sepanjang fenomena air pasang itu.

"Tetapi kami tetap bimbang jika sekiranya berlaku ribut dan hujan lebat sepanjang fenomena air pasang, ban terbabit tidak dapat menampung limpahan air laut," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Dewan Serbaguna Datuk Ahmad Razali Batu 4, di sini selepas meninjau beberapa ban berisiko di Kampung Sungai Serdang, Batu 5 dan Tok Muda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.