Tarikh 13 Oktober dianggap bukan satu tarikh yang sesuai untuk menjalankan pilihan raya seperti Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.
Calon PAS, Mohd Nazari Mokhtar berkata pengundi luar mungkin tidak dapat balik ke kampung halaman untuk membuang undi atas kekangan kewangan di pertengahan bulan.
“Saya nampak dua kemungkinan, satu kerana tarikh 13 Oktober ini mungkin tak sesuai sebab tengah bulan. Maknanya, mereka yang di luar mungkin hadapi kekurangan bajet dan mereka tidak balik mengundi.
“Tarikh ini gaji belum masuk jadi mereka pilih tak balik. Kedua, mungkin disebabkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan tol.
“Ini mungkin menjejaskan semangat anak muda. Jiwa anak muda ini memberontak sikit. Mungkin ada protes dari anak muda,” katanya ketika melakukan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Port Dickson, pada Sabtu.
Nazari mengulas berikutan statistik Suruhajaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang memaklumkan peratus turun mengundi di Parlimen Port Dickson hanya 44 peratus setakat jam 2.00 petang tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan