MINDA RAKYAT
Pada 4 oktober lepas, Bank Dunia meramalkan ekonomi Malaysia akan terus
menghadapi risiko besar yang berkaitan dengan ketidakpastian dalam
persekitaran luaran.
Malah Bank Dunia hari ini mengunjurkan
pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2018 menurun 4.9% daripada 5.4% malah
kadar pengembangan boleh terus menurun menjelang 2020.
Lebih
menakutkan Pembentukan modal tetap kasar dijangka berkembang dengan
"sederhana" dengan perbelanjaan awam yang lebih rendah daripada jangkaan
yang menjejaskan prospek pertumbuhan, kata Bank Dunia dalam laporan
Asia Timur dan Pasifik. Kadar pertumbuhan eksport dijangka perlahan
hingga 3.7% setiap tahun pada 2018 dan 2019 dari hampir 10% pada tahun
2017.
Bank Dunia telah menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia dari negara Asia Tenggara yang bergantung pada perdagangan
Bulan
lalu, Bank Pembangunan Asia menurunkan ramalannya terhadap Malaysia
kepada 5.0% untuk tahun ini dan 4.8% pada 2019 memetik risiko
pertumbuhan eksport yang lembap dan pelaburan domestik yang lemah.
Ini
jelas apa guna Mahathir lantik penasihat ekonomi jika ekonomi malaysia
diambang muflis. Kesilapan paling besar Mahathir adalah melantik Lim
Guan Eng sebagai Menteri Kewangan yang paling bodoh dalam sejarah
Malaysia.
Malah polisi Mahathir yang mahu tunjuk hebat hingga
menyebabkan negara seperti China, Amerika, Arab Saudi dan kesatuan
Eropah menggantung sebahagian besar import dari Malaysia menjadi
penyebab kelembapan ekonomi.
Bergitu juga polisi Flip-flop
kerajaan sekarang seperti sesuka hati kejap batal, kejap tangguh dan
kejap laksana terhadap projek-projek mega kerajaan. Telah menyebabkan
para pelabur hilang keyakinan terhadap integriti kerajaan baru hingga
menyebabkan saham dan nilai ringgit jatuh secara mendadak sehingga
sekarang masih jatuh.
Yang menariknya Bank Dunia menyatakan
kegagalan ekonomi Malaysia juga berpunca dari Tindakan membatalkan
cukai barangan dan perkhidmatan yang tidak popular yang sebelum telah
menjana pendapatan sebanyak $ 10 bilion tahun lepas dan memperkenalkan
semula cukai jualan dan perkhidmatan satu peringkat (SST).
Ini
termasuk tindakan kerajaan baru dalam aktiviti penjualan aset negara
dan pembiayaan semula hutang sedia ada, untuk mengurangkan sedikit
tekanan daripada kewangan negara.
Lebih memalukan Mahathir dan
Guan Eng, Bank Dunia tetap menyatakan hutang negara telah meningkat dari
RM686.8 bilion kepada RM725 bilion dan peningkatan tersebut berpunca
dari tindakan Kerajaan Baru yang melancarkan tax holiday selama 3 bulan
dan pemansuhan GST kepada SST. Telah menyebab keadaan kewangan negara
menjadi huru hara.
Yang peliknya tidak sepatah ayatpun Bank Dunia
menyatakan hutang Malaysia cecah sehingga RM1 trilion seperti
dipropagandakan oleh Mahathir dan Guan Eng. Malah Bank Negara Malaysia
sehingga sekarang masih ikut kadar hutang yang sama seperti Bank Dunia.
Oleh
itu boleh diandaikan yang Mahathir amat-amat terdesak menjaja cerita
hutang RM1 trilion serata dunia semata-mata untuk yakinkan penipuannya
kepada rakyat, akibatnya telah menyebabkan bahana kejatuhan ekonomi
negara perlu ditanggung rakyat jelata.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan