Ahmad Maslan
Memetik laporan Umno Online, beliau berkata, sepanjang tempoh tersebut negara telah kehilangan bebilion ringgit.
"Kalau pun mereka mahu melaksanakan SST pada 1 September lalu, mengapa mereka membatalkan kutipan GST (cukai barang dan perkhidmatan) pada 1 Jun?
"Sepanjang Jun, Julai dan Ogos negara tidak ada pendapatan apabila tidak ada cukai yang dikutip.Sebulan kutipan GST mencecah RM3.44 bilion jika didarab dengan tiga bulan, jumlahnya mencecah sebanyak RM11 bilion. Itu sebablah kementerian luar tidak ada duit," katanya.
Semalam, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah mendedahkan Wisma Putra kini tidak mempunyai peruntukan mencukupi untuk menampung kos operasi pegawai dan duta Malaysia di luar negara.
Katanya, tahun ini, Wisma Putra kekurangan peruntukan sebanyak RM133 juta sehingga terpaksa merayu kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk memberi peruntukan diperlukan.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pelepasan cukai selama tiga bulan juga menjadi punca kepada pembatalan projek- projek lain.
“Kemudian beritahu rakyat, pembatalan projek, potongan bajet itu adalah disebabkan hutang. Apa jenis alasan itu?
"Tidak ada kena mengena pembatalan projek itu dengan hutang negara. Ini adalah salah mereka sendiri kerana menghentikan kutipan GST selama tiga bulan sebelum digantikan dengan cukai SST,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan