Wartawan Watan-Online
“Saya darah daging UMNO dan Barisan Nasional (BN). Kalau benam saya dalam air sepuluh kali saya akan cakap UMNO dan BN lagi,” tegas Datuk Seri Najib Razak
Bekas Presiden UMNO berkata, beliau tidak berhasrat untuk menubuhkan parti baharu seperti yang dilakukan pemimpin terdahulu.
Bekas Pengerusi BN itu berkata, apa yang menjadi fokus sekarang adalah menyelamatkan UMNO, BN.
“Saya tak ada cadang nak buka parti baharu. (Kita) Kena selamatkan UMNO, BN sebab tidak ada apa-apa yang salah pada UMNO dan BN.
“Kita kalah kepada fitnah, kalah kepada janji-janji palsu,” katanya dalam sesi santai bersama penyokong tegarnya ketika menjawab soalan di sesi Santai di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang Sabtu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.