Halaman

Isnin, 5 November 2018

LANGKAH MAYAT AHLI UMNO DULU- ZAHID




Langkah mayat ahli UMNO terlebih dulu jika ada pihak yang cuba untuk mengganggu hak orang Melayu, Islam dan kedaulatan Raja-Raja Melayu seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata UMNO akan mempertahankan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, walaupun terpaksa bergadai nyawa.

Beliau berkata, ia termasuk cubaan pihak tertentu yang mahu mengugat kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

“Langkah mayat ahli-ahli UMNO dahulu jika ada mana-mana pihak yang cuba berbuat demikian,” katanya, ketika ditemui selepas majlis perjumpaan tertutup bersama pimpinan UMNO Kedah, di Alor Setar, Sabtu.



Hadir sama, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa serta barisan pimpinan sayap-sayap parti.

Ahmad Zahid berkata, sehubungan itu, UMNO menolak hasrat kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk melaksanakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tahun depan.

“Kita akan pertahankan apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.