Umat Islam hari ini bangkit menyuarakan bantahan mereka terhadap usaha kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menandatangi
Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang dilihat mencabar Perlembagaan Persekutuan.
Melalui perhimpunan aman yang diadakan di dataran Sogo Kuala Lumpur, kira-kira 5,000 hadir bagi menyuarakan bantahan terbabit.
Perhimpunan yang diterajui oleh pemimpin pemuda parti pembangkang itu bermula di Masjid Jamek Kuala Lumpur, sebelum berarak ke dataran Sogo.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata rakyat sekali lagi cuba diperbodohkan kerajaan PH melalui ICERD.
Beliau berkata, dakwaan kerajaan kononnya ICERD tidak boleh mengubah Perlembagaan Persekutuan adalah tidak benar, melalui ICERD hak istimewa orang Malayu, Bumiputera boleh dipinda melalui beberapa pindaan akta.
Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi menyifatkan perhimpunan yang berlangsung hari ini bukan bersifat rasis, sebaliknya ia mempertahankan hak rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Katanya, Islam sama sekali tidak mengajar umatnya bermusuh, tetapi orang Melayu selaku kaum teramai di negara ini perlu mengetuai pentadbiran negara.
Beliau berkata, apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan yang diterima pakai sejak negara mencapai kemerdekaan harus dipertahankan.
Bagi Ketua Dewan Pemuda IKATAN, Shahir Adnan, berkata Malaysia hidup aman dalam pelbagai kaum tanpa sebarang diskriminasi kaum atau agama.
Katanya, meskipun Islam sebagai agama Persekutuan, namun agama lain bebas diamalkan secara aman dan harmoni.
Justeru katanya, ICERD tidak perlu sama sekali untuk ditandatangai oleh pihak kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.