HALAMAN SANTAI

Sabtu, 17 November 2018

PERWAKILAN ‘BOO’ KETUA AMK BARU




Penampilan sulung Akmal Nasrullah Mohd Nasir selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) disambut dengan ‘boo’ oleh perwakilan yang hadir pada Kongres Nasional AMK 2018 di Shah Alam, pada Jumaat.

Suasana itu berlaku sejurus Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) mengumumkan Akmal sebagai Ketua AMK yang baharu menewaskan pencabarnya Dr Afif Bahardin.

Akmal boleh dikatakan sebagai ‘calon tunggal’ daripada kem Rafizi Ramli yang memenangi jawatan dipertandingkan dalam sayap parti itu.

Sebaliknya boleh hampir kesemua jawatan dalam AMK termasuk timbalan ketua dikuasai oleh kem Afif dan Muhammad Hilman Hamdan.

Situasi itu dilihat akan menyukarkan Akmal untuk melaksanakan gerak kerjanya.

“Sememangnya pemilihan kali ini penuh dengan pelbagai masalah, saya tidak tahu ingin bergembira atau pun bersedih, suka atau kita kena terima (keputusan),” katanya ketika menyampaikan ucapan sulung selaku Ketua AMK.

Sementara itu, Afif yang tewas kepada Akmal bagaimanapun berbangga kerana calon yang dipertaruhkan kumpulannya berjaya menguasai pemilihan sayap parti itu.

Sementara itu, Hilman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia diumumkan sebagai Timbalan Ketua AMK yang baru.


Tiada ulasan: