KETUA
Balai Polis antara 16 individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) selepas dipercayai terbabit melindungi serta menerima
wang sogokan daripada pemilik pusat urut di Kuala Lumpur.
Sumber
berkata, semua individu terbabit ditahan di 16 lokasi sekitar Lembah
Klang kira-kira jam 10 pagi hingga 5 petang tadi, hasil risikan
dilakukan sejak tiga bulan lalu.
“Dalam
serbuan dilakukan 40 pegawai SPRM itu, tujuh penjawat awam dan sembilan
orang awam ditahan selepas dipercayai terbabit melindungi dan menerima
wang sogokan daripada pemilik pusat urut.
“Antara
ditahan adalah kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pegawai
bomba dan penyelamat dan ketua sebuah balai polis.
“Difahamkan
premis urutan yang menggunakan khidmat wanita warga asing itu pernah
diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Sabtu lalu,” katanya.
Menurutnya, wang sogokan diterima kumpulan suspek terbabit secara bulanan dengan bayaran minimum RM1,000 diterima setiap bulan.
“Malah,
difahamkan pemilik premis dipaksa membayar wang sogokan apabila
penjawat awam terbabit datang memberi ‘salam perkenalan’ di peringkat
awal.
“Wang itu dikatakan sebagai
‘perlindungan premis’ mereka. Ada perantara (orang awam) yang akan
mengutip wang berkenaan setiap bulan,” katanya ketika dihubungi, di
sini, hari ini.
Sementara itu Timbalan
Ketua Pesuruhjaya (operasi) SPRM Datuk Sri Azam Baki mengesahkan
tangkapan itu dan memberitahu semua suspek ditahan di SPRM Putrajaya.
“Permohonan reman terhadap semua individu terbabit akan dilakukan esok.
Kes disiasat mengikut Seksyen 16 dan Seksyen 17 Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.