SEREMBAN: Ketua PKR Rembau, R Tanggam sanggup ketepikan bantahannya terhadap pencalonan Streram Sinnasamy sebagai calon Pakatan Harapan pada pilihan raya kecil Rantau “demi Anwar”.
Tanggam berkata dia tidak membenci Streram, yang juga tidak mahu meneruskan pertikaian antara mereka.
Tanggam memberitahu FMT: “Bagi saya, ia mengenai apa yang perlu perlukan. Setiap ahli mempunyai pandangan masing-masing tetapi ini keputusan presiden.
“Saya hanya menyokong Anwar dan parti. Begitulah pendirian saya sejak 1990 hingga hari ini dan saya akan melakukannya demi Anwar. Saya di sini hari bukan kerana orang lain.”
Tangam berkata dia akan membantu Streram menang di Rantau, mengatakan tumpulannya sekarang ini adalah “pertama sekali, bantu Anwar, dan kedua, bantu parti”.
Tanggam dan Streram tahun lepas saling berbalah dalam pertikaian mengenai calon DUN Rantau.
Tanggam berkata Streram, yang berasal dari Klang, akan menjejaskan peluang parti kerana dia bukan orang tempatan. Beliau menyokong pencalonan seorang wanita di DUN Rantau, dan cawangan sebulat suara mencalonkan dia dan isteri, K Bathmavathi, yang mengetuai sayap Wanita, disamping Streram, yang juga timbalan ketua bahagian.
Streram dinamakan calon PH oleh Presiden PKR, Anwar Ibrahim selepas menang kes mahkamah yang membuka laluan kepada pilihan raya kecil.
Streram hilang kelayakan untuk bertanding di Rantau pada pilihan raya umum 2018, dan Mohamad Hasan dari Barisan Nasional diumumkan pemenang. Streram mencabar keputusan itu di mahkamah dan menang. Hari mengundi ditetapkan pada 13 April.
Tanggam berkata Rantau bukan pertandingan yang mudah, kerana Mohamad puppular dalam kalangan orang Melayu dan bukan Melayu.
Beliau percaya pembangkang akan memainkan sentimen Melayu.
Bagaimanapun, Pakatan Harapan “mempunyai Mahathir Mohamad, Azmin Ali dan Anwar Ibrahim untuk menarik undi orang Melayu”, katanya.
Beliau berkata gabungan itu juga mesti mendapatkan undi orang India dan Cina juga.
Pada pilihan raya kecil, Streram dan Mohamad dicabar 2 calon bebas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.