Halaman

Ahad, 3 Mac 2019

PRK SEMENYIH : HARI BN MENANG ESOK BATAL


Persoalan yang berlegar di Semenyih pada hari mengundi,  apakah hari ini Barisan Nasional (BN) memang kerusi Dewan undangan Negeri (DUN)  Semenyih esok 3 Mac kemenangan dibatalkan.

Sepanjang hari kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih sehinggalah hari mengundi calon Pakatan Harapan (PH)  Muhammad Aiman Zainal telah melanggar undang-undang pilihanraya.

Calon PH itu melakukan kesalahan pilihanraya kerana berkempen selepas waktu kempen telah tamat. Aiman telah bercakap pada wartawan di luar kawasan mengundi di Sekolah Menengah Engku Husain.

Ketika bercakap pada wartawan Aiman menyeru pengundi buat pilihan bijak, agar dapat memberi kebaikan kepada rakyat Semenyih. Harap mereka semua undilah Pakatan Harapan (PH).
“Undilah Aiman Zainali,” tambahnya.

Mengulas perkembangan terbaru itu,  bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib menerusi catatan di media sosial berkata pihak PH telah banyak kali melanggar undang-undang pilihanraya secara terang-terangan di PRK Semenyih.

“Sampai last day hari mengundi pun, mereka terus melakukan kesalahan.

“Mungkin matlamat sebenar mereka ialah 2hb menang, 3hb dibatalkan kemenangan. Kita tengok dan lihat jika pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertindak atau tidak, tambah beliau.

Aiman dikatakan melanggar akta tersebut mengikut Sekysen 26(1)(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menyatakan dengan jelas bahawa tiada sesiapa yang dibenarkan berkempen kepada orang ramai pada hari mengundi.

Seksyen 26(2) menyebut mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen berkaitan boleh dipenjarakan tidak lebih 1 tahun, denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Muhammad Aiman hadir ke pusat mengundi di sekolah tersebut diiringi isteri, Nurul Filzah Bakthiar.
PRK DUN Semenyih menyaksikan saingan 4 penjuru antara Aiman dengan calon Barisan Nasional (BN) Zakaria Hanafi; Nik Aziz Afiq Abdul (PSM) dan calon bebas, Kuan Chee Heng.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.