
KUALA LUMPUR – Ada pihak cuba membuktikan kematian Allahyarham
Muhammad Adib Mohd Kassim berpunca daripada kemalangan, dilanggar
kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang mengundur
pada malam rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman.
Apa pun juga situasinya, peguam mewakili
keluarga Adib iaitu Mohd Zubir Embong menegaskan keadilan dan fakta
sebenar perlu ditegakkan.
“Hari ini dalam mahkamah ada dua versi
Adib, seorang bomba mati kerana eksiden dilanggar kenderaan. Ini yang
cuba ditunjukkan,” katanya.
Peguam itu berkata demikian ketika hadir pada Himpunan Pertahanan Kedaulatan Islam (405) hari ini.
Bbagaimanapun, Zubir tidak mahu mengulas lanjut isu kematian Adib kerana enggan mendahului mahkamah.
Untuk rekod, Pakar Forensik Patologi
Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Ahmad Hafizam Hasmi sebelum ini berkata,
kecederaan Adib pada 27 November 2018 bukan diakibatkan perbuatan
manusia.
Dr. Shahrom mengatakan anggota bomba yang meninggal dunia 17 Disember tahun lalu itu akibat parah dihentak daun pintu.
Daun pintu itu dihentak oleh perusuh.
Inkues masih berjalan apabila Mahkamah
Tinggi baru-baru ini membenarkan Hafizam dipanggil untuk memberi
keterangan sekali lagi.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.